I LOVE PRINCESS

Friday, March 18, 2011

Telefon Bimbit Punca Lelaki Mati Pucuk?ok let see what i gotcha...


Benarkah dakwaan bahawa telefon bimbit boleh menyumbang sebagai salah satu puncalelaki boleh mati pucuk? Sebelum ini, dah banyak dakwaan mengenai perkara ini yang dibincangkan.Berikut di bawah adalah kenyataan akhbar.
Lelaki yang gemar menyimpan telefon bimbit di dalam poket seluar berdepan risiko kerosakan sperma termasuk mati pucuk.
Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP), S.M. Mohamed Idris mendakwa, penggunaan telefon bimbit untuk tempoh yang panjang didakwa mengurangkan produktiviti sperma lelaki.
Ini berikutan hasil kajian CAP tahun lalu menunjukkan kaitan antara sperma berkualiti rendah dengan tempoh penggunaan telefon bimbit dalam sehari.
Menurut beliau, pengguna yang membuat panggilan telefon bimbit lebih daripada empat jam sehari mempunyai bilangan sperma yang paling kurang dan paling rendah kualitinya.
“Penemuan itu menyarankan bahawa berjuta-juta lelaki di dunia ini kemungkinan menghadapi kesukaran menjadi bapa kerana kerap menggunakan telefon bimbit.N – Lelaki yang gemar menyimpan telefon bimbit di dalam poket seluar berdepan risiko kerosakan sperma termasuk mati pucuk.
Hasil kajian Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) pada tahun lepas ini telah membuktikan bahawa berlaku pengurangan sperma terhadap individu yang sering meletakkan telefon bimbit mereka dalam saku seluar.Sebelum ini juga ada dakwaan yang sama mengenainya hasil kajian NGO dari luar.
Cuma adakah benar ianya boleh membawa implikasi sebegitu, tidaklah dapat kami mengsahihkannya. Cuma kalau ianya benar, nampaknya amat merbahaya juga sebab ramai di antara pengguna telefon bimbit yang sering meletakkan telefon bimbit mereka di dalam seluar.Cuma kami tertanya juga, adakah ianya tidak ada kesan terhadap wanita?

So kepada sume lelaki kat luar sane, pandai2 lah korang nak idup yer... Limitkan penggunaan telefon kalo korang rasa nak anak...

Apa pandangan anda mengenai isu ini?
sharing is caring
by sarahGoza..


3 comments:

  1. kalo takot,watch out la eak...heheh

    ReplyDelete
  2. haha..da jadi pakar doktor ek..:)
    cik Am dtg n follow cni ye..
    jom la singgah blog cik Am..:)
    http://amniey91.blogspot.com/

    ReplyDelete